Kata-kata Hikmat

Thursday 20 September 2012

Dirimu Taruhan Berjuta Pemuda



Suatu pagi di dalam bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat) kepada sahabat-sahabat yang berjihad pada agama Allah SWT. Rasulullah SAW berkata sesiapa saja yang keluar berjihad di jalan Allah, kemudian dia mati syahid, maka dia akan dikurniakan bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga y

ang lain iaitu Ainul Mardhiah.

Apabila mendengar ucapan Rasulullah SAW itu, seorang pemuda ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu. Akan tetapi, pemuda itu merasa malu kepada sahabat-sahabatnya yang lain, dia agak keberatan untuk bertanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, dia tetap akan keluar berjihad bersama-sama Rasulullah SAW.

Bermimpi Bertemu Bidadari Ainul Mardhiah

Sebelum tiba waktu zohor, telah menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk tidur sebentar. Maka pemuda tadi pun tidur bersama-sama jemaah yang lain. Di dalam tidurnya, pemuda itu telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dengan muka yang berseri-seri di suatu tempat yang sungguh indah. Pemuda itu pun bertanya,

''Dimanakah aku sekarang?''

Lalu lelaki itu menjawab,

''Inilah Syurga''

Kemudian pemuda itu menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun menunjukkan ke suatu arah. Pemuda itu pun berjalanlah mengikut arah yang ditunjukkan itu. Sampai di sebatang pohon, dia bertemu dengan seorang wanita yang amat cantik. Pemuda itu tidak pernah melihat kecantikan seorang wanita seperti itu di dunia. Dia pun memberi salam lalu bertanya,

''Adakah kamu Ainul Mardhiah?''

Wanita itu pun menjawab,

''Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada dalam singgahsana''

Pemuda itu punberjalan dan memasuki mahligai yang cukup indah dan bertemu dengan seorang lagi wanita yang berganda-ganda cantiknya daripada wanita yang pertama tadi. Wanita itu sedang mengelap permata-permata hiasan dalam mahligai itu. Lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi,

''Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?''

Lalu wanita itu pun menjawab,

''Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana''

Pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kemudian sampai ke satu mahligai.

Penantian Ainul Mardhiah

Di situlah dia melihat seorang wanita yang berganda-ganda cantiknya dari wanita pertama dan berganda-ganda lagi cantik dari wanita kedua. Wanita itu pun berkata,

''Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku''

Pemuda itu cuba mendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhiah berkata kepada pemuda itu,

''Kamu tidak boleh mendekati diriku kerana kamu masih belum syahid lagi''.

Pemuda itu terserentak dan terjaga dari tidur. Dia telah menceritakan mimpinya kepada sahabatnya dan memesan tidak menceritakan mimpinya kepada Rasulullah SAW.

Takdir telah menentukan

Di sebelah petang. pemuda itu dan sahabat-sahabatnya telah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW. Takdir telah menentukan pemuda itu telah mati syahid.

Ketika menantikan waktu berbuka puasa di masjid. Sahabat pemuda yang mati syahid itu bangun dan merapati Rasulullah SAW. Dia telah menceritakan kepada Rasulullah SAW perihal sahabatnya yang gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sedang bercerita, Rasulullah SAW hanya menjawab, ''Benar''. Setelah sahabat itu selesai bercerita, Rasulullah SAW berkata kepadanya,

''Memang benar apa yang kamu ceritakan tadi. Sahabatmu itu sedang menunggu untuk berbuka puasa di dalam syurga''.

Takdir Allah SWT telah menentukan pemuda yang gugur syahid itu milik bidadari hiasan syurga, Ainul Mardhiah...
 

Ketenangan..

Hati..
Tiada sesiapa yang dapat mengetahui apa yang kita rasa. Hanya diri kita sendiri dan Allah S.W.T. Gembira, sedih, pilu, suka dan duka hanya kita sendiri yang dapat merasainya dan hanya Allah yang mengetahui. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Sedih dan gembira, semua itu kita dapat mengetahui dengan melihat air muka seseorang itu. Namun, luaran boleh menipu. Dalam hanya Allah sahaja yang tahu. Kadang-kadang kita tertanya, apakah ubat kepada hati yang resah dan gundah. Adakah penawar baginya? Macamanakah caranya kita nak mencari ketenangan? Janganlah kita risau, membaca Al-Quran dan menunaikan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Itulah cara yang paling efektif untuk mendapatkan ketenangan. InsyaAllah..Sesungguhnya Allah suka kita  menitiskan air mata merintih dan memohon keampunan daripadaNya. Bacalah Al-Quran, tunaikanlah solat sunat. Mudah-mudahan segala keresahan di hati dapat dihilangkan. InsyaAllah..

Wallahua'lam
Secebis Ilmu Untuk Dikongsi ^^

Sunday 16 September 2012

Kehidupan..

Assalammualaikum..

Dalam hidup yang fana ini, janganlah kita bazirkan masa dan tenaga untuk melakukan perkara-perkara yang boleh merugikan diri kita pada masa akan datang. Sesungguhnya kita diberikan peluang hidup pada hari ini bukanlah bagi mengulangi maksiat kelmarin. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita tersungkur ke lembah maksiat dalam perjalanan mencari keredhaan-Nya. Namun, janganlah kita terus menerus mengikut hawa nafsu melakukan maksiat. Pintu taubat akan sentiasa terbuka untuk kita umat Muhammad yg juga merupakan hamba Allah s.w.t. sehinggalah matahari terbit di barat (hari kiamat). Apabila kita terlanjur melakukan dosa, perlulah kita segera memohon keampunan daripada-Nya dengan bertaubat. Sesungguhnya kita manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Allah suka kepada hamba yang menitiskan air mata untuk mengadu dan memohon keampunan kepada-Nya. Janganlah kita berhenti untuk terus berusaha mencari jalan Allah kerna itulah satu-satunya jalan yang dapat membawa kita kepada kebahagian yang abadi. Biarlah pesanan ini dijadikan peringatan kepada setiap daripada kita dan juga diri kita sendiri. Sesungguhnya, dalam Islam kita digalakkan untuk saling nasihat menasihati dan memperingati antara satu sama lain..
wallahua'lam..

Secebis Ilmu Untuk Dikongsi.. ^^