Kata-kata Hikmat

Tuesday 20 August 2013

Hati Dan Perasaan

Assalammualaikum..

Hati..apa ada dalam hati?? sudah tentulah perasaan..Perasaan..macamna perasaan itu?? apakah ia?? gembira,sedih,marah,suka,benci..itu semua boleh kita golongkan sbgai perasaan..Setiap makhluk yg bernma manusia itu telah diciptakan oleh-Nya Maha Pencipta kita Allah s.w.t memiliki perasaan. Perasaan itu hadir dalam waktu dn ketika yg tertntu. Rindu, satu perasaan yg jarang hadir..ianya hnya akn hadir sekiranya kita teringatkan sesuatu ataupun sseorang yg kita sayang dalam hidup kita. Kadang2 ianya juga dapat mmbuatkn hati kita sakit skiranya hati ini tidak boleh menahan rindu yg teramat. Apa patut kita buat?? pda siapakah patut kita luahkan semua perasaan yg kita rasa itu? siapakah yg akan mendengarnya? jawapannya hanya satu.. Allah..Allah lah satunya2 tempat kita mluahkan rsa rindu yg tidak dapat orang lain faham. Tadahkanlah tangan..berdoalah..sesungguhnya, Allah itu Maha Mendengar. Luahkan apa yg tersirat di hati dn mntalah petunjuk daripdaNya. Tiada lagi tempat lain selain dariNya. Sekiranya kita dekatkan diri kepadaNya, akan ada ketenangan yg menyusul kemudian..InsyaAllah..Kita hanya manusia yg lemah yg tidak boleh lari dari menyembunyikan perasaan kita.

Senyumlah walaupun Perih..
Soal Hati dan Perasaan biarlah hanya Allah yg tahu..
Wallahua'lam..

Secebis Ilmu Untuk Dikongsi..

Friday 14 June 2013

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah..

Syukur ke hadrat Illahi kerna sehingga ke hari ini kita masih diberi peluang untuk menghembus nafas di bumi ciptaan Allah ini. Maaf jika sudah lama saya tidak meng"update" blog Melodi-Hearthy nie..sebelum ini masing2 kalut untuk membuat persiapan untuk SPM. Alhamdulillah..semuanya berjalan dengan lancar..Walaupun mendapat keputusan yang serdahana dalam SPM, namun kita tetap harus bersyukur kerna ianya masih merupakan rezeki yg Allag beri pada kita..

Di bulan Syaaban yang mulia ini saya akan mulakan balik penulisan saya dalam blog Melodi-Hearthy. InsyaAllah, segala ilmu yg ada akan saya kongsikan..

"Secebis Ilmu Untuk Dikongsi..

Thursday 20 September 2012

Dirimu Taruhan Berjuta Pemuda



Suatu pagi di dalam bulan Ramadhan, Rasulullah SAW telah memberi targhib (ucapan-ucapan sebagai penyuntik semangat) kepada sahabat-sahabat yang berjihad pada agama Allah SWT. Rasulullah SAW berkata sesiapa saja yang keluar berjihad di jalan Allah, kemudian dia mati syahid, maka dia akan dikurniakan bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga y

ang lain iaitu Ainul Mardhiah.

Apabila mendengar ucapan Rasulullah SAW itu, seorang pemuda ingin mengetahui bagaimana cantiknya bidadari yang disebutkan oleh Rasulullah SAW itu. Akan tetapi, pemuda itu merasa malu kepada sahabat-sahabatnya yang lain, dia agak keberatan untuk bertanyakan hal ini kepada Rasulullah SAW. Walau bagaimanapun, dia tetap akan keluar berjihad bersama-sama Rasulullah SAW.

Bermimpi Bertemu Bidadari Ainul Mardhiah

Sebelum tiba waktu zohor, telah menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk tidur sebentar. Maka pemuda tadi pun tidur bersama-sama jemaah yang lain. Di dalam tidurnya, pemuda itu telah bermimpi bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian bersih lagi cantik dengan muka yang berseri-seri di suatu tempat yang sungguh indah. Pemuda itu pun bertanya,

''Dimanakah aku sekarang?''

Lalu lelaki itu menjawab,

''Inilah Syurga''

Kemudian pemuda itu menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Ainul Mardhiah. Lelaki itu pun menunjukkan ke suatu arah. Pemuda itu pun berjalanlah mengikut arah yang ditunjukkan itu. Sampai di sebatang pohon, dia bertemu dengan seorang wanita yang amat cantik. Pemuda itu tidak pernah melihat kecantikan seorang wanita seperti itu di dunia. Dia pun memberi salam lalu bertanya,

''Adakah kamu Ainul Mardhiah?''

Wanita itu pun menjawab,

''Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada dalam singgahsana''

Pemuda itu punberjalan dan memasuki mahligai yang cukup indah dan bertemu dengan seorang lagi wanita yang berganda-ganda cantiknya daripada wanita yang pertama tadi. Wanita itu sedang mengelap permata-permata hiasan dalam mahligai itu. Lalu pemuda itu memberi salam dan bertanya lagi,

''Adakah kamu ini Ainul Mardhiah?''

Lalu wanita itu pun menjawab,

''Bukan. Saya adalah khadamnya. Ainul Mardhiah ada di atas mahligai sana''

Pemuda itu pun menaiki anak-anak tangga mahligai permata itu, kemudian sampai ke satu mahligai.

Penantian Ainul Mardhiah

Di situlah dia melihat seorang wanita yang berganda-ganda cantiknya dari wanita pertama dan berganda-ganda lagi cantik dari wanita kedua. Wanita itu pun berkata,

''Akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku''

Pemuda itu cuba mendekati Ainul Mardhiah, namun Ainul Mardhiah berkata kepada pemuda itu,

''Kamu tidak boleh mendekati diriku kerana kamu masih belum syahid lagi''.

Pemuda itu terserentak dan terjaga dari tidur. Dia telah menceritakan mimpinya kepada sahabatnya dan memesan tidak menceritakan mimpinya kepada Rasulullah SAW.

Takdir telah menentukan

Di sebelah petang. pemuda itu dan sahabat-sahabatnya telah keluar berjihad bersama Rasulullah SAW. Takdir telah menentukan pemuda itu telah mati syahid.

Ketika menantikan waktu berbuka puasa di masjid. Sahabat pemuda yang mati syahid itu bangun dan merapati Rasulullah SAW. Dia telah menceritakan kepada Rasulullah SAW perihal sahabatnya yang gugur syahid itu. Ketika sahabat itu sedang bercerita, Rasulullah SAW hanya menjawab, ''Benar''. Setelah sahabat itu selesai bercerita, Rasulullah SAW berkata kepadanya,

''Memang benar apa yang kamu ceritakan tadi. Sahabatmu itu sedang menunggu untuk berbuka puasa di dalam syurga''.

Takdir Allah SWT telah menentukan pemuda yang gugur syahid itu milik bidadari hiasan syurga, Ainul Mardhiah...
 

Ketenangan..

Hati..
Tiada sesiapa yang dapat mengetahui apa yang kita rasa. Hanya diri kita sendiri dan Allah S.W.T. Gembira, sedih, pilu, suka dan duka hanya kita sendiri yang dapat merasainya dan hanya Allah yang mengetahui. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. Sedih dan gembira, semua itu kita dapat mengetahui dengan melihat air muka seseorang itu. Namun, luaran boleh menipu. Dalam hanya Allah sahaja yang tahu. Kadang-kadang kita tertanya, apakah ubat kepada hati yang resah dan gundah. Adakah penawar baginya? Macamanakah caranya kita nak mencari ketenangan? Janganlah kita risau, membaca Al-Quran dan menunaikan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Itulah cara yang paling efektif untuk mendapatkan ketenangan. InsyaAllah..Sesungguhnya Allah suka kita  menitiskan air mata merintih dan memohon keampunan daripadaNya. Bacalah Al-Quran, tunaikanlah solat sunat. Mudah-mudahan segala keresahan di hati dapat dihilangkan. InsyaAllah..

Wallahua'lam
Secebis Ilmu Untuk Dikongsi ^^

Sunday 16 September 2012

Kehidupan..

Assalammualaikum..

Dalam hidup yang fana ini, janganlah kita bazirkan masa dan tenaga untuk melakukan perkara-perkara yang boleh merugikan diri kita pada masa akan datang. Sesungguhnya kita diberikan peluang hidup pada hari ini bukanlah bagi mengulangi maksiat kelmarin. Sebagai manusia biasa, kadang-kadang kita tersungkur ke lembah maksiat dalam perjalanan mencari keredhaan-Nya. Namun, janganlah kita terus menerus mengikut hawa nafsu melakukan maksiat. Pintu taubat akan sentiasa terbuka untuk kita umat Muhammad yg juga merupakan hamba Allah s.w.t. sehinggalah matahari terbit di barat (hari kiamat). Apabila kita terlanjur melakukan dosa, perlulah kita segera memohon keampunan daripada-Nya dengan bertaubat. Sesungguhnya kita manusia biasa yang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Allah suka kepada hamba yang menitiskan air mata untuk mengadu dan memohon keampunan kepada-Nya. Janganlah kita berhenti untuk terus berusaha mencari jalan Allah kerna itulah satu-satunya jalan yang dapat membawa kita kepada kebahagian yang abadi. Biarlah pesanan ini dijadikan peringatan kepada setiap daripada kita dan juga diri kita sendiri. Sesungguhnya, dalam Islam kita digalakkan untuk saling nasihat menasihati dan memperingati antara satu sama lain..
wallahua'lam..

Secebis Ilmu Untuk Dikongsi.. ^^

Thursday 30 August 2012

Adakah Kita Merdeka??

Assalammualaikum..
Alhamdulillah..Hari ini 31 Ogos iaitu hari yang sangat bagi kita semua rakyat Malaysia. Pada tarikh ini, kita semua menyambut Hari Kemerdekaan. Syukur ke hadrat Ilahi kerna kita dilahirkan di bumi yang merdeka ini. Bebas dari dijajah dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Kita jauh lebih baik berbanding saudara yang seagama dengan kita di bumi Palestin. Di sini kita dapat mendengar kicauan burung, alam sekitar yang menghijau dan bermacam-macam lagi perkara-perkara yang menenangkan jiwa. Tetapi semua yang kita rasa pada hari ini tidak dapat dirasai oleh saudara kita di Palestin. Setiap hari ada sahaja kedengaran bunyi tembakan dan tangisan anak-anak kecil dan kaum-kaum yang lemah. Letupan bom ada di mana-mana sahaja, hanya dengan sekelip mata semuanya musnah. Bumi Palestin dilimpahi darah para saudara Islam kita. Tiada erti belas kasihan bagi yang muda ataupun yang tua. Disiksa, dibunuh dan macam-macam lagi yang berlaku di sana berbanding dengan negara kita yang aman ini. Jadi, kita perlulah bersyukur kepada Allah kerna masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat sebegini hingga ke hari ini. Dalam masa yang sama, sama-samalah kita berdoa buat saudara- saudara kita di sana. Moga Allah melindungi mereka dan mengakhiri kesengsaraan mereka di sana. Namun begitu, apakah erti merdeka buat kita selama ini? terutamanya para remaja di luar sana. 31 Ogos disambut dengan gembira, hiburan dan keseronokan diutamakan. Anak-anak remaja, janganlah kita lupa dan lalai dengan keseronokan  sementara ini. Bersyukur dan ingatlah, masih ada saudara kita yang masih menderita di sana. Jadi, tanyalah diri kita sendiri "Adakah Kita Merdeka ?" Wallahua'lam. Ingatlah Allah kerna Dia lah yang menguniakan kesejahteraan hari ini. Jangan kita menjadi alpa dan lalai kerna ia akan merugikan diri kita kelak...

Wednesday 29 August 2012

Pertemuan..

Ketika diriku ingin mencari sinar, hadir secebis cahaya yang menerangi laluanku. Namun, adakalanya juga langkahku tersasar membuatkan diriku tersungkur ke lembah kegelapan. Hatiku bagaikan terdengar bisikan rindu yang mengalunkan kalimah menyentuh keinsafan dalam hatiku. Hatiku merasakan bahawa kehadiranmu menyentuh hingga ke kalbu yang menyalakan obor harapan. Ketika di waktu aku alpa dengan godaan dunia, kau lah yang membisikan bicara keinsafan dan kau jualah yang memberi aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ku ini. Di saat aku kehilangan keyakinan dan meragukan keampunan Tuhan, kau hadir menyalakan harapan dan kau katakan bahawa rahmat-Nya mengatasi segala-galanya. Menitis air mataku kerana terharu akan sebuah pertemuan ini. Kehadiranmu mendamaikan hatiku yang dahulunya keresahan.

Bila kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upayamu,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu,
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah sentiasa disisimu,

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan,
Allah ada jawapannya..


Ketahuilah sahabatku yang dikasihi..

"Tuhan tidak akan selamanya menguji insan"
Ujian dan dugaan itu untuk menguji keimanan
Untuk menentukan darjat ketaqwaanmu..