Kata-kata Hikmat

Thursday 30 August 2012

Adakah Kita Merdeka??

Assalammualaikum..
Alhamdulillah..Hari ini 31 Ogos iaitu hari yang sangat bagi kita semua rakyat Malaysia. Pada tarikh ini, kita semua menyambut Hari Kemerdekaan. Syukur ke hadrat Ilahi kerna kita dilahirkan di bumi yang merdeka ini. Bebas dari dijajah dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Kita jauh lebih baik berbanding saudara yang seagama dengan kita di bumi Palestin. Di sini kita dapat mendengar kicauan burung, alam sekitar yang menghijau dan bermacam-macam lagi perkara-perkara yang menenangkan jiwa. Tetapi semua yang kita rasa pada hari ini tidak dapat dirasai oleh saudara kita di Palestin. Setiap hari ada sahaja kedengaran bunyi tembakan dan tangisan anak-anak kecil dan kaum-kaum yang lemah. Letupan bom ada di mana-mana sahaja, hanya dengan sekelip mata semuanya musnah. Bumi Palestin dilimpahi darah para saudara Islam kita. Tiada erti belas kasihan bagi yang muda ataupun yang tua. Disiksa, dibunuh dan macam-macam lagi yang berlaku di sana berbanding dengan negara kita yang aman ini. Jadi, kita perlulah bersyukur kepada Allah kerna masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat sebegini hingga ke hari ini. Dalam masa yang sama, sama-samalah kita berdoa buat saudara- saudara kita di sana. Moga Allah melindungi mereka dan mengakhiri kesengsaraan mereka di sana. Namun begitu, apakah erti merdeka buat kita selama ini? terutamanya para remaja di luar sana. 31 Ogos disambut dengan gembira, hiburan dan keseronokan diutamakan. Anak-anak remaja, janganlah kita lupa dan lalai dengan keseronokan  sementara ini. Bersyukur dan ingatlah, masih ada saudara kita yang masih menderita di sana. Jadi, tanyalah diri kita sendiri "Adakah Kita Merdeka ?" Wallahua'lam. Ingatlah Allah kerna Dia lah yang menguniakan kesejahteraan hari ini. Jangan kita menjadi alpa dan lalai kerna ia akan merugikan diri kita kelak...

Wednesday 29 August 2012

Pertemuan..

Ketika diriku ingin mencari sinar, hadir secebis cahaya yang menerangi laluanku. Namun, adakalanya juga langkahku tersasar membuatkan diriku tersungkur ke lembah kegelapan. Hatiku bagaikan terdengar bisikan rindu yang mengalunkan kalimah menyentuh keinsafan dalam hatiku. Hatiku merasakan bahawa kehadiranmu menyentuh hingga ke kalbu yang menyalakan obor harapan. Ketika di waktu aku alpa dengan godaan dunia, kau lah yang membisikan bicara keinsafan dan kau jualah yang memberi aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ku ini. Di saat aku kehilangan keyakinan dan meragukan keampunan Tuhan, kau hadir menyalakan harapan dan kau katakan bahawa rahmat-Nya mengatasi segala-galanya. Menitis air mataku kerana terharu akan sebuah pertemuan ini. Kehadiranmu mendamaikan hatiku yang dahulunya keresahan.

Bila kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upayamu,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu,
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah sentiasa disisimu,

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan,
Allah ada jawapannya..


Ketahuilah sahabatku yang dikasihi..

"Tuhan tidak akan selamanya menguji insan"
Ujian dan dugaan itu untuk menguji keimanan
Untuk menentukan darjat ketaqwaanmu..

Monday 27 August 2012

Secubit Kata..

Secubit yang ku tuliskan, semoga selaut yang dapat dirasai.
Ia tidak mustahil justeru Allah itu Maha Kaya,
mampu membalas lebih daripada kadar amalan yang dibuat oleh hamba-Nya.

Pesan-Nya, "IQRA...bacalah."

Membaca itu sesungguhnya satu perintah, satu ibadat.
Maka, bacalah kerana dengan itu akan terbuka pintu ketenangan dan kejayaan.
Pesanku, bacalah dengan hati yang merendah diri kerana aliran ilmu itu umpama air yang mengalir, hanya bertakung di tempat yang rendah. Tadahlah ilmu dengan hati yang tawaduk kerana merasai diri tidak berilmu adalah rasa setiap orang yang berilmu..

Yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t
Dan yang kurang itu datangnya dari saya seorang hamba...

Silih Ganti Rasa..

Tuhan..
dalam letih aku merintih 

kelemahan dan kelalaianku
alpa dan dosaku
aku lemah tak berdaya

Tuhan..
dalam suka dan duka
tangis dan tawa melimpah rahmat dan nikmat-Mu
aku syukur dan akur
lupa aku mengenang-Mu
dalam sibuk dunia yang gawat Kau lupa ku ingat

Tuhan..
ampunilah hatiku yang pilu
tak endah bila menadah akan kebesaran-Mu
ingatkan daku
agar mengingat-Mu

Tuhan..
Bicara-Mu tanpa suara
Belaian-Mu hanya rasa
Kau terlalu dekat
tanpa suara
namun cinta-Mu ketara jua..