Kata-kata Hikmat

Thursday 30 August 2012

Adakah Kita Merdeka??

Assalammualaikum..
Alhamdulillah..Hari ini 31 Ogos iaitu hari yang sangat bagi kita semua rakyat Malaysia. Pada tarikh ini, kita semua menyambut Hari Kemerdekaan. Syukur ke hadrat Ilahi kerna kita dilahirkan di bumi yang merdeka ini. Bebas dari dijajah dan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Kita jauh lebih baik berbanding saudara yang seagama dengan kita di bumi Palestin. Di sini kita dapat mendengar kicauan burung, alam sekitar yang menghijau dan bermacam-macam lagi perkara-perkara yang menenangkan jiwa. Tetapi semua yang kita rasa pada hari ini tidak dapat dirasai oleh saudara kita di Palestin. Setiap hari ada sahaja kedengaran bunyi tembakan dan tangisan anak-anak kecil dan kaum-kaum yang lemah. Letupan bom ada di mana-mana sahaja, hanya dengan sekelip mata semuanya musnah. Bumi Palestin dilimpahi darah para saudara Islam kita. Tiada erti belas kasihan bagi yang muda ataupun yang tua. Disiksa, dibunuh dan macam-macam lagi yang berlaku di sana berbanding dengan negara kita yang aman ini. Jadi, kita perlulah bersyukur kepada Allah kerna masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat sebegini hingga ke hari ini. Dalam masa yang sama, sama-samalah kita berdoa buat saudara- saudara kita di sana. Moga Allah melindungi mereka dan mengakhiri kesengsaraan mereka di sana. Namun begitu, apakah erti merdeka buat kita selama ini? terutamanya para remaja di luar sana. 31 Ogos disambut dengan gembira, hiburan dan keseronokan diutamakan. Anak-anak remaja, janganlah kita lupa dan lalai dengan keseronokan  sementara ini. Bersyukur dan ingatlah, masih ada saudara kita yang masih menderita di sana. Jadi, tanyalah diri kita sendiri "Adakah Kita Merdeka ?" Wallahua'lam. Ingatlah Allah kerna Dia lah yang menguniakan kesejahteraan hari ini. Jangan kita menjadi alpa dan lalai kerna ia akan merugikan diri kita kelak...

2 comments:

  1. merdekanya kita hanya apabila kita hanya menjadi hamba kepada Allah... sayangnya masih ramai yg menghambakan diri pada hiburan yg melampau.

    ReplyDelete
  2. tu lah..ramai yang msih lalai dgan keseronokan smentara nie..cma jnganlah kta lalai shingga kita "dijajah" kembali.. ^^

    ReplyDelete