Kata-kata Hikmat

Wednesday 29 August 2012

Pertemuan..

Ketika diriku ingin mencari sinar, hadir secebis cahaya yang menerangi laluanku. Namun, adakalanya juga langkahku tersasar membuatkan diriku tersungkur ke lembah kegelapan. Hatiku bagaikan terdengar bisikan rindu yang mengalunkan kalimah menyentuh keinsafan dalam hatiku. Hatiku merasakan bahawa kehadiranmu menyentuh hingga ke kalbu yang menyalakan obor harapan. Ketika di waktu aku alpa dengan godaan dunia, kau lah yang membisikan bicara keinsafan dan kau jualah yang memberi aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ku ini. Di saat aku kehilangan keyakinan dan meragukan keampunan Tuhan, kau hadir menyalakan harapan dan kau katakan bahawa rahmat-Nya mengatasi segala-galanya. Menitis air mataku kerana terharu akan sebuah pertemuan ini. Kehadiranmu mendamaikan hatiku yang dahulunya keresahan.

Bila kau letih dan hilang semangat,
Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upayamu,
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah telah mengira titisan air matamu,
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
Allah sentiasa disisimu,

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan,
Allah ada jawapannya..


Ketahuilah sahabatku yang dikasihi..

"Tuhan tidak akan selamanya menguji insan"
Ujian dan dugaan itu untuk menguji keimanan
Untuk menentukan darjat ketaqwaanmu..

2 comments: